Khemah Kerja Sukarelawan - di sini segalanya bermula !
Khemah Kerja Sukarelawan telah dijalankan oleh Yayasan Salam Malaysia (SALAM) sejak tahun 2001 lagi bersempena Tahun Sukarelawan Antarabangsa pada ketika itu. Pada waktu itu, ia dijalankan di Kuala Lumpur dengan hampir 100 orang sukarelawan seluruh negara. Aktivitinya pula merangkumi isu-isu kepenggunaan, komuniti, alam sekitar dan kesukarelawanan. Mulai tahun itu, SALAM menganjurkan program berkenaan hampir setiap tahun.
Kemudian, SALAM telah menganjurkan Khemah Kerja Sukarelawan Antarabangsa di Sarawak pada tahun 2005 dengan kerjasama NICE dari Jepun. Dan, kemudian aktiviti ini diadakan juga hampir setiap tahun dengan kerjasama NICE dan juga SCI, sebuah pertubuhan yang aktif menganjurkan program seperti ini di Malaysia.
Khemah Kerja Kesukarelawanan bertujuan untuk mendedahkan para sukarelawan kepada isu-isu seperti alam sekitar, komuniti, kepenggunaan, bekerja dengan kanak-kanak, bekerja dengan warga tua dan sebagainya. Para sukarelawan juga dididik untuk bekerjasama dan menjalankan tanggungjawab dengan ikhlas dan amanah.
Pada tahun 2009, SALAM bersama Kementerian Belia Dan Sukan (Bahagian Rakan Muda) telah menganjurkan program ini di Kampung Bukit Mat Daling, Hulu Tembeling, Pahang dari 24 hingga 31 Oktober.

Pada tahun ini 2011, program kali kedua ini yang akan berlangsung selama 2 minggu akan lebih menumpukan kepada isu-isu bekerja dengan komuniti dan bekerja dengan kanak-kanak. Sukarelawan dikehendaki terlibat secara aktif dalam setiap aktiviti yang dianjurkan. Sukarelawan juga akan tinggal bersama keluarga angkat di kampung tersebut dan berpeluang merasai kehiduapan seharian mereka.