Keperluan sukarelawan untuk menyertai
Setiap sukarelawan dikenakan yuran sebanyak RM30.00 seorang. Yuran ini bagi menampung sebahagian kecil dari kos yang diperlukan untuk menjayakan program ini.
Sukarelawan perlu berada di Pe
jabat SALAM selewat-lewatnya jam 9.00 malam pada 1 Julai 2011 (Jumaat). Bas akan bertolak pada jam 08.00 pagi Sabtu, 2 Julai, dan kami tidak akan menunggu sukarelawan yang lewat sampai.
Sukarelawan dikehendaki untuk mempersiapkan diri dari segi mental dan fizikal. Oleh kerana program ini memakan masa lebih kurang dua minggu, sukarelawan perlu membahagikan masa untuk menyertai program tersebut.
Untuk yang bekerja, pastikan mendapatkan kelulusan cuti dari pihak majikan. Untuk yang belajar, pastikan anda mendapat pelepasan daripada Bahagian Hal Ehwal Pelajar jika ia menggunakan masa kuliah atau aktiviti kolej/universiti. Pastikan juga anda mendapat restu ibu dan bapa sebelum menyertainya.
Di dalam program khemah kerja ini, sukarelawan perlu melibatkan diri dalam setiap aktiviti dan aktiviti ini biasanya akan memakan masa satu hari atau lebih. Pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya sebelum bertolak ke sana.
Oleh kerana sukarelawan akan tinggal bersama keluarga angkat, anda digalakkan untuk menyediakan sesuatu (cenderahati) sebagai kenangan untuk mereka. Pun begitu ia bukanlah wajib, cuma digalakkan sahaja.
Seperkara yang anda perlu siapkan dari segi mental adalah apabila tinggal bersama keluarga angkat. Perlu diingatkan bahawa mereka adalah dari perkampungan yang jauh di kawasan pedalaman, mereka tinggal di rumah papan, mereka makan apa yang ada. Oleh itu, anda perlu tinggal di mana mereka tinggal, anda makan apa yang mereka makan.
Perjalanan ke Kampung Mat
Daling memakan masa yang panjang. Ia bermula pada jam 8.00 pagi pada 2 Julai dan dijangka tiba sekitar jam 8.00 malam. Anda dinasihatkan membawa bekalan makanan ringan dan sedikit air minuman untuk mengalas perut. Perjalanan dengan bot akan memakan masa antara 4 - 6 jam. Perjalanan secara terus ini tiada hentian samada untuk makan/minum atau membuang air. Pastikan anda bersiap sedia sebelum menaiki bot. Dan, anda digalakkan memakai seluar panjang untuk menaiki bot (kekadang anda perlu turun untuk menolak bot akibat paras air cetek, bayangkan jika pakai kain).
Lain-lain keperluan adalah:
1) Barangan peribadi yang dirasakan perlu seperti pencuci muka dan keperluan wanita.
2) Ubatan-ubatan peribadi yang perlu untuk anda seperti asma dan sebagainya.
(SALAM hanya membawa peralatan First Aid yang asas sahaja)
3) Pakaian yang secukupnya dan sesuai sepanjang program, pastikan berpakaian sopan.
(jangan bawa terlalu banyak kerana anda berpeluang membasuhnya di tepi sungai)
4) Kasut yang sesuai untuk aktiviti, bawa selipar jika masih ada ruang.
5) Hanya talian Maxis dan talian tetap Telekom yang boleh digunakan di sana. Anda digalakkan untuk mendapatkan nombor prabayar maxis jika masih mahu berhubung dengan 'dunia luar'. (SALAM akan cuba menyediakan talian internet untuk kegunaan anda di sana)
6) Sleeping bag
Perlu diingatkan juga bahawa, walaupun terdapat kedai runcit di kampung tersebut, barangan yang dijual adalah sangat terhad dan kadang-kala telah habis. Mereka memerlukan masa untuk menggantikan barangan jualan tersebut kerana jarak perjalanan yang jauh. Oleh itu, pastikan anda membuat persiapan sendiri tentang apa yang patut dibawa nanti.
Pun begitu, anda tidak dibenarkan membawa terlalu banyak barangan kerana tempat yang terhad di dalam bot. Bot yang terlalu berat akan melambatkan perjalanan.
Kami akan menambahkan keperluan lain jika ada. Sila tanya kepada kami jika anda memerlukan kepastian.