Kampung Bukit Mat Daling - lubuk ikan kelah!
Kampung Bukit Mat Daling terletak di hulu Sungai Tembeling, Pahang berhampiran sempadan antara negeri Pahang dan Terengganu. Perkampungan yang terletak di tepi Sungai Tembeling ini dipercayai mula wujud sejak tahun 1928, selepas kejadian banjir besar yang melanda kawasan tersebut ketika itu. Nama Mat Daling dipercayai daripada penduduk asal kampung tersebut tetapi ada juga yang percaya ia berasal dari perkataan 'Mandaling'. Tiada rekod bertulis yang dicatatkan, cuma kisah mulut ke mulut sahaja yang diketahui.
Kawasan perkampungan tersebut didiami oleh lebih kurang 100 buah keluarga dan hampir 500 orang penduduk. Pun begitu, kebanyakan penduduknya tidak tinggal sepenuh masa di situ kerana bekerja diluar atau tinggal di asrama sekolah di kawasan lain.
Untuk sampai ke Kampung Bukit Mat Daling, kita boleh menggunakan jalan darat dan air. Pun begitu, jalan darat hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda melalui jalan-jalan balak dan hutan tebal. Oleh itu, jalan air menjadi pilihan orang ramai untuk keluar dan masuk ke situ. Perjalanan menggunakan bot bermula di jeti Kuala Tahan berhampiran pintu masuk Taman Negara dan memakan masa 4 hingga 6 jam untuk tiba di sana. Sepanjang perjalanan menaiki bot, kita akan terpukau dengan keindahan alam semulajadi hutan simpan Taman Negara dan kawasan hutan yang tidak diusik oleh pembangunan. Kita juga boleh melihat haiwan liar seperti burung, kerbau, memerang dan unggas hutan. Perjalanan ini akan melalui beberapa perkampungan termasuk perkampungan orang asli seperti Kg. Pagi, Kg. Kuala Sat dan Kg. Bantal serta melalui beberapa buah jeram.
Kebanyakan penduduknya bekerja sendiri dengan mencari kayu gaharu dan sebagainya untuk menyara kehidupan, ada juga yang bekerja dengan syarikat pembalakan dan bekerja dengan agensi kerajaan. Sebahagiannya pula bekerja sebagai nelayan sungai dengan menangkap ikan kelah dan sebagainya untuk dijual. Walaupun mempunyai tanah kebun yang luas dengan pelbagai jenis tanaman dan buah-buahan, mereka tidak dapat memasarkan hasilnya akibat kedudukan yang terlalu jauh dari kawasan bandar dan kos pengangkutannya juga sangat tinggi. Oleh itu, hasil-hasil tersebut hanya dimakan sendiri dan selebihnya dibiarkan begitu sahaja.
Penduduk Kampung Bukit Mat Daling menggunakan sumber alam sebagai punca kehidupan utama. Mereka menjadikan ikan sungai, udang, tumbuhan dan buah-buahan hutan sebagai lauk-pauk. Kadang-kala kita berpeluang untuk merasa daging rusa, kancil, pelanduk dan sebagainya jika kena pada musim memburu. Pun begitu, kawasan pemburuan adalah sangat terhad kerana sebahagian kawasan hutan terletak dalam kawasan lindungan Taman Negara.