Klik imej untuk besarkan gambar:
Jalan raya di Kg. Bukit Mat Daling bertanah merah, berbukit dan tidak rata. Apabila hujan, jalan ini amat sukar dilalui. Kerana itu kebayakan murid sekolah tinggal di asrama.
Selepas penat dalam perjalanan, kami merasai makanan 'mewah'. Air kelapa muda (kelapa gading) dan ikan sebarau masak lemak tempoyak. Memang berbaloi perjalanan tadi. Kalau kena pada musimnya, anda berpeluang merasai ikan kelah. 'Raja sungai' ini berharga RM70.00 sekilo.